HOW TO PROTECT YOUR PENDRIVE FROM VIRUS

Posted in By zalberto razrel 0 comments

Bagaimana nak set write protected pada thumbdrive

Blog - Daddy & Dunia IT

Seperti yang semua tahu virus/ worm/ trojan/ spyware dan segala macam jenis dan gelaran lagi pada script-script programming yang tak mendatangkan manfaat ni sangat mudah menjangkiti thumdrive (pendrive, flashdrive atau apa juga nama yang korang gelar). Especially for those yang menggunakan public PC seperti komputer di Lab faculty atau perpustakaan sekolah (yang boleh dikatakan tempat beranaknya virus-virus ni). Jadi once thumbdrive korang dah ter-infected, jadi kalau lepas pada tu korang cucuk kat mana-mana PC lain, korang hanya akan menyebarkan virus tersebut ke PC lain pula.

Dan andai kata PC tersebut ada antivirus dengan pattern terkini, maka file-file korang yang dah terinfeksi mungkin akan dikuarantinkan. Tambah malang bila file-file tersebut adalah file-file penting seperti thesis atau assignment-assignment korang. Lebih malang bila itulah saja satu-satunya salinan file yang korang ada tanpa ada satu backup file pun di komputer lain. Trust me, I know that feeling~!

Jadi antara solution yang paling mudah adalah menjadikan thumbdrive kita sebagai 'write protected'. Jadi bila mana kita cucuk flash disk tersebut ke mana-mana PC sekalipun terutama yang mempunyai virus (antara yg terkenal satu masa dulu adalah JambanMu dan MaxTrox) ia tidak boleh 'menyalin diri mereka' (duplicate themself) ke dalam pendrive kita.

Tapi sekarang bukan itu sebab aku mencari solution untuk menjadikan thumbdrive aku 'write protected'. Benda ni penting untuk aku kerana aku ada sebatang Pendrive yang aku muatkan dengan set-set installer yang biasa aku gunakan samada untuk repair PC rosak ataupun untuk kegunaan sendiri. Sebelum ni aku gunakan CD. Cuma masalah yang aku hadapi kadang-kadang laptop yang dihantar CDRom nya dah tak boleh berfungsi. Jadi Thumbdrive merupakan salah satu alternatif memandangkan kapasiti yang lebih besar dan rata-rata PC dan laptop memang semuanya ada port USB. Cuma masalahnya VIRUS!

So aku jumpa solution ni di internet juga. Selain dari korang beli PenDrive yang sememangnya dah didatangi dengan tongle ON/OFF protection, atau built-in security software, sebenarnya ada trick mudah untuk menjadikan thumbdrive kita write protected. Dari pemerhatian aku, ada 2 cara;

  • Dengan mengedit registry pada PC kita (yang mana pada aku agak lari dari motif sebenar. Sebab thumb drive hanya jadi write protedted bila di cucuk ke komputer sendiri dan bukannya bila dicucuk ke PC lain.)
  • Dengan membuat satu 'Dummy file' untuk menggunakan sepenuh keluasan 'free space' yang masih tinggal dalamthumbdrive kita. By this way, walau sekecil manapun virus tersebut dia tidak boleh untuk masuk ke pendrive sebab tiada ruang kosong.

Okey.. bagaimana caranya? Firstly kita kena make sure berapakan freespace yang tinggal dalam thumbdrive kita.

Bukak My Computer, 'right click' pada thumb-drive korang dan klick 'Properties'. Kita akan dapat lihat paparan seperti diatas. Perhatikan pada size Free Space (warna pink) dan salin angka tersebut.

Kemudian buka 'command promt'. Jika guna XP, simply type 'cmd' pada kotak run. Tetapi untuk VISTA atau Win 7 korang perlukan Administrator access untuk activity ni nanti. jadi di start menu pergi ke All Program>Accessories>Command Promt (right click dan pilih 'Run as administrator')

dalam command promt tadi type: fsutil file createnew F:\KatokHijOo 1300594688
"F" adalah drive bagi thumbdrive aku. Untuk korang mungkin D, E atau huruf lain. Jadi check betul-betul.
"1300594688" adalah ruang free space pada thumdrive aku (rujuk gambarajah sebelumnya). Jadi untuk korang, nombornya tak sama. Check dulu seperti mana langkah yang telah diterangkan sebelumnya.

Korang akan dapati lampu LED pada thumbdrive korang berkelip-kelip. Mungkin lama, dan mungkin sekejap bergantung kepada saiz free space tadi. Tunggu sehingga selesai. Settle!

Abih tu kalau dah thumbdrive jadi write protedted, macamana kita nak OFFkan semula function tu?

Senang jer.. Delete jer la file 'KatOkHijOo' tu tadi.. Pas tuh kalau nak ONkan semula, repeat je step-step tadi.